Wednesday 27 November 2013

Mesyuarat Post Mortem UPSR 2013 Selasa 26 November 2013

Mesyuarat post mortem UPSR baru baru ini adalah mesyuarat terakhir Tn Hj Mohd Zaki bin Che Abdullah sebagai Guru Besar SK Kerandang. Dalam Mesyuarat itu semua guru Tahun 6 membentangkan pencapaian subjek masing-masing, membuat rumusan dan memberikan cadangan untuk tahun hadapan. Tuan Guru Besar mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru tahun 6 diatas segala usaha yang telah dicurahkan untuk kejayaan UPSR SK Kerandang. Pn Kamariah Guru Penolong kanan 1 bagi pihak guru guru Tahun 6 mengucapkan jutaan terima kasih di atas panduan, nasihat, bimbingan dan tunjukajar Tuan Guru kepada dirinya sendiri dan semua guru-guru tahun 6 yang telah mencapai kejayaan membanggakan disepanjang keberadaan Tn Hj Zaki sebagai guru besar.








Wednesday 20 November 2013

Majlis Pertukaran EIO SK Kerandang, Cik Nurul Hazira bt Zakaria Isnin 18 November 2013

Cik Nurul Hazira yang lebih mesra dengan panggilan Gie oleh guru-guru SK Kerandang mengambil keputusan untuk beralih angin di suasana tempat yang bekerja yang lain iaitu di Pusat Komputer Kampung Raja setelah lebih kurang 4 tahun di SK Kerandang. SK Kerandang mengucapkan jutaan terima kasih diatas jasabaik dan bantuan yang diberikan kepada SK Kerandang selama ini. Akhir kata Selamat Maju Jaya kepada Gie dan Semoga beroleh kejayaan dalam bidang yang diceburi.













Sunday 17 November 2013

UPSR 2013: SK KERANDANG MENCATAT PENINGKATAN BERBANDING TAHUN LALU 20 ORANG. 25 ORANG CALON MENDAPAT 5A.














MAJLIS PERSARAAN TN HJ MOHD ZAKI BIN CHE ABDULLAH Guru Besar SK Kerandang RABU 13 NOVEMBER 2013

Tn Hj Mohd Zaki Guru Besar SK Kerandang memilih untuk bersara pilihan mulai 1 Disember 2013. Majlis Pengucapan Terima Kasih diadakan pada hari Rabu 13 November 2013. Pengawai Pelajaran Daerah Besut, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Besut dan Semua Guru Besar Zon Jabi dijemput hadir.
Kami warga SK Kerandang mengucapkan Selamat Bersara kepada Tuan Guru Besar. Akan kami tunaikan amanat Tuan Guru Besar. Kami akan meneruskan perjuangan untuk memartabatkan SK Kerandang menjadi antara sekolah terbaik di daerah Besut ini. Insyaallah.

Banner Persaraan Boss

Tetamu Tetamu VIP

Tetamu VIP

Ucapan Ketua Murid

Pengerusi Majlis

Ucapan Wakil Guru

Ucapan Pengerusi PIBG

Ucapan Wakil Guru Besar Zon Jabi

Ucapan Tn Hj Mohd Zaki

Cenderahati Pelajar

Cenderahati Staff pejabat

Cenderahati Pekerja Swasta

Cenderahati Guru Kafa

Cenderahati Kelab guru

Cenderahati PRA

Cenderahati Pengawal Keselamatan

Cendrahati majlis Guru Besar

Gambar Kenangan bersama Tetamu Kehormat

Kenangan bersama Guru SK Kerandang

bersama Staff Pentadbiran

Bersama kakitangan Sekolah

jamuan di Dewan Sekolah

Jamuanbersama wakil PPD Pn Wahidah


Gambar Kenangan bersama Blogger SKK

Bersama Guru Lelaki
Bersama semua guru
Bersama Guru Perempuan
Bersama Pekerja Staff sekolah
Bersalaman dengan murid



No Komen....agak dah




Pesanan Terakhir agaknya

Konvoi Perarakan Ke rumah Guru Besar

Guru Besar menaiki Mercedes

Tiba di rumah GB

Pulut Semangat untuk GB


Jamuan di rumah GB