Monday 30 December 2013

3 in 1: Pendaftaran Pelajar, Solat Hajat dan Bacaan Yasin dan Mesyuarat Guru SK Kerandang Kali Pertama Sesi 2014, Hari Ahad 8.30 pagi

          Pendaftaran Pelajar, Solat Hajat dan Bacaan Yasin dan Mesyuarat Guru SK Kerandang Kali Pertama Sesi 2014 telah dilangsungkan pada 29. 12. 2013 hari Ahad mulai jam 8.30 pagi. Pada pukul 11.00 pula solat hajat dan bacaan Yasin diadakan. Mesyuarat Guru pula bermula sekitar jam 11.30 dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Ini adalah mesyuarat kali pertama bersama Guru Besar baru dan dilangsungkan di bilik mesyuarat yang baru. Semoga tahun ini SK Kerandang akan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang.












Warga SK Kerandang mengalu-alukan kedatangan En Sayadi@Saidi bin Awang sebagai Guru Besar SK Kerandang.

Warga SK Kerandang mengalu-alukan kedatangan En Sayadi @ Saidi bin Awang sebagai Guru Besar yang baru menggantikan Tn Hj Mohd Zaki bin Che Abdullah yang memilih untuk bersara pada bulan lepas. En Sayadi @ Saidi bin Awang memulakan tugas sebagai Guru Besar di SK Kerandang mulai 26. 12. 2013 setelah bertukar dari SK Pancur Merah, Setiu. Kami warga SK Kerandang berjanji akan memberikan sepenuh kerjasama demi menjayakan matlamat negara bangsa menjadikan SK Kerandang sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dalam segala bidang menyambung perjuangan Guru Besar yang lalu.

En Sayadi @Saidi bin Awang
Guru Besar SK Kerandang