Monday 31 December 2012

Mesyuarat Pertama Sesi 2013 pada 30 Disember 2012.

Pada pukul 8.00 pagi berlangsungnya pendaftaran murid murid. Diikuti Mesyuarat Guru pada jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang. SK Kerandang kehilangan 5 orang guru dan mendapat 2 guru baru. Guru guru yang bertukar adalah seperti berikut:

1. Muhd Juhari b Jaafar - ke SK Bukit Jeruk
2. Siti Kamilah bt Ali - ke SRJK Chung Hwa
3. Maziah bt Ali - ke SK Jabi
4. Rosehayati bt Awang - ke SK Air Terjun
5. Suriawati bt Mohamed - ke SK Tengku Mahmud

Pada masa yang sama SK Kerandang menerima kehadiran 2 guru baru iaitu:

1. Hasmawati bt Othman dari SK Kuala Besut 2
2. Norma Indawati bt Yahaya dari SK Air Terjun

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan:
















Monday 19 November 2012

10 SEKOLAH TERBAIK TERENGGANU UPSR 2012 BERDASARKAN GPS

TAHNIAH SK KERANDANG , 20 PELAJAR 5A UPSR 2012

Hampir semua sekolah di Besut tahun ini mencatatkan penurunan dalam bilangan pelajar 5A. Ini termasuklah SK Kerandang. Jika tahun lalu 40 pelajar 5A, tahun ini hanyalah 20 pelajar. Walau bagaimanapun kami warga Sk Kerandang tetap menyambutnya dengan kesyukuran. Kami telah laksanakan apa yang termampu dan inilah hasilnya. Tahniah kepada yang cemerlang. Yang kurang cemerlang itu diharapkan teruskan berusaha. UPSR bukan segalanya. UPSR hanya permulaan. Jadikan ia pengajaran untuk terus berusaha kearah kejayaan. Saksikan analisa pencapaian keseluruhan, senarai nama pelajar 5A dan foto-foto yang dirakamkan.