Monday 18 March 2013

Minggu Cemerlang SK Kerandang

Perhimpunan pagi Ahad lalu diserikan dengan Upacara Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Perpustakaan dan Ketua/Penolong Ketua Darjah. Diadakan juga Penyampaian Hadiah bagi acara-acara yang dimenangi oleh SK Kerandang pada minggu sebelumnya. Kejayaan-kejayaannya adalah seperti berikut:

1. Johan Pertandingan Smart English Yayasan DiRaja Sultan Mizan Zon Jabi.
2. Johan Bolasepak Zon Jabi
3. Naib Johan Bola Baling Zon Jabi
4. Johan dan Naib Johan Kejohanan Tae Kwon Do Jemputan MRSM Kota Bharu.


             Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas oleh Tuan Guru Besar







        Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua/Penolong Ketua Darjah oleh GPK 1




       Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Perpustakaan oleh GPK HEM




                                     



KIRI: Lokman Hakeem - JOHAN TAEKWONDO Bawah 50 kg
KANAN : Mohd Norsyakir - NAIB JOHAN TAEKWONDO Bawah 45 kg


 
PENGAWAS SKK 2013


KETUA DARJAH DAN PENOLONG SKK 2013

PENGAWAS PERPUSTAKAAN SKK 2013


Thursday 14 March 2013

SK Kerandang Naib Juara Bola Baling Zon Jabi di SK Apal 13 Mac 2013

Pasukan Bola Baling Lelaki SK Kerandang berjaya mendapat Naib Juara Bola Baling Zon Jabi setelah tewas tipis 4-5 kepada tuan rumah SK Apal. Pasukan Perempuan walaubagaimanapun gagal ke separuh akhir. Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih yang terlibat. Cuba lagi tahun hadapan.




SK Kerandang JOHAN Bolasepak Zon Jabi 2013 pada 7 Mac di SK Anak Ikan

SK Kerandang mencipta sejarah menjadi Johan Pertandingan Bolasepak Zon Jabi setelah menewaskan SK Bukit Tempurong 2-0 di perlawanan akhir. Setelah beberapa tahun mencuba dan mencuba pelbagai strategi termasuk perubahan kombinasi jurulatih, akhirnya pada tahun ini SK Kerandang berjaya menjadi juara. Tahniah kepada Ketua Jurulatih Ustaz Harun dan juga pembantu-pembantunya.

Gambar-gambar akan menyusul kemudian.

SK Kerandang Juara Smart English Zon Jabi 2013 di SK Felda Selasih pada 11 Mac 2013

Tahniah kepada peserta peserta Program Smart English dan juga Ketua Panitia Bahasa Inggeris Puan Rosliza dan AJKnya Puan Hayati, Puan Normarzita dan Puan Rohana. Berkat latihan awal dan perancangan yang rapi, kejayaan pasti akan dapat dikecapi. Sekali lagi tahniah.


Monday 4 March 2013

Kejohanan Badminton Zon Jabi 2013 Rabu 27 Februari 2013 di Felda Selasih

SK Kerandang cuma menghantar 4 orang peserta sahaja. Walaubagaimanapun ke empat empat mereka berjaya mendapat tempat bagi kategori masing-masing. SK Kerandang berjaya menjadi Johan bagi Beregu lelaki sahaja.
Keputusan bagi SK Kerandang adalah seperti berikut:

Perseorangan lelaki : Muhd Lukman Hakeem bin Mat Lazin ( Naib Johan)
Beregu lelaki : Muhd Lukman Hakeem bin Mat Lazin dan Mohd Adib bin Md Nasir (Johan)
Perseorangan Perempuan : Siti Nor Salwani bt Hussin (Naib Johan)
Perseorangan Perempuan : Haslinda bt Mohamed ( Ketiga)
Beregu Perempuan : Siti Nor Salwani bt Hussin dan Haslinda bt Mohamed (Ketiga)

Tahniah kepada Jurulatih dan Semua yang terlibat.